KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Menurutnya, bantuan khas itu turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM250.
“Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025,” katanya.
AKAN MENYUSUL