Monday, November 25, 2024

Belanjawan 2025: Guru Kafa sangat dekat di hati saya – Fuziah

Popular

KUANTAN – Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh mengakui terharu apabila mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Fuziah berkata, walaupun beliau bukan lagi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perjuangan berkenaan guru KAFA sangat dekat di hatinya.

“Ke mana sahaja saya pergi dan di mana-mana saja bila disapa guru KAFA, ingatan saya terhadap perjuangan untuk guru yang membina akhlak dan agama dalam diri anak-anak kita tak pernah padam.

“Sampai ke hari ini!,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Setiausaha Agung PKR itu turut mendoakan semoga ALLAH memberkati pengorbanan semua guru KAFA.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan 35 juta ringgit sebagai menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini