Monday, November 25, 2024

Belanjawan 2025 penuhi keperluan semua segmen pelajar – Fadhlina

Popular

KUALA LUMPUR – Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 disifatkan sebagai memenuhi keperluan semua segmen pelajar dan mampu mengangkat martabat rakyat melalui pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, komitmen besar daripada kerajaan itu adalah inklusif yang bermaksud tiada anak-anak yang akan terpinggir serta semua segmen pelajar mendapat manfaat daripada peruntukan itu.

“Pengumuman itu telah memberikan kita satu dimensi sangat besar. Pertamanya, soal komitmen pendidikan yang mesti diterajui dengan lebih cekap kerana melibatkan peruntukan besar. Kedua, adalah segmen inklusif yang bermaksud anak-anak kita ini tiada yang terpinggir.

“Kita lihat melalui pengumuman semalam, semua segmen anak-anak kita mendapat manfaat yang cukup besar daripada sekolah-sekolah baharu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Lestari Intervensi Awal 2024 (KLIA’2024) di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, semalam mengumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) telah diberi peruntukan tertinggi sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion ringgit tahun ini. – Bernama

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini