Tuesday, January 13, 2026

Belia mahu Belanjawan 2026 fokus sokongan, peluang kerja

Popular

JOHOR BAHRU – Golongan belia menzahirkan harapan agar Belanjawan 2026 memberi penekanan kepada isu peluang pekerjaan bergaji baik, skim perumahan mampu milik serta sokongan khusus untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan kecil.Bagi peniaga barangan elektrik, Evan Lim, 38, kerajaan perlu meneliti isu kos sara hidup yang semakin tinggi dengan menyediakan ruang sokongan kepada golongan anak muda berdikari.Katanya, selain itu kerajaan juga perlu menyediakan inisiatif tersendiri tidak kira sama ada dalam sektor pekerjaan atau perniagaan.”Sepatutnya janganlah dibiarkan anak-anak muda ini terutamanya lepasan sekolah atau institusi pengajian tinggi berusaha sendiri tanpa sokongan.”Bagi mereka yang nak buka syarikat kecil, sepatutnya kerajaan bantulah dan berikan sokongan. Berikan peluang untuk mereka buktikan kemampuan.”Hari ini kerja memang susah dan macam-macam kos naik. Macam di Johor, ramai yang fikir untuk bekerja di Singapura sebab lebih banyak peluang,” katanya kepada Sinar Harian.Bagi peniaga makanan, Nor Amesya Nor Amin Faizal, 25, fokus utama yang diharap sempena Belanjawan 2026 adalah peluang pekerjaan yang setara dengan kelayakan.Katanya, ramai anak muda hari ini yang tidak mempunyai pekerjaan tetap hanya kerana tidak setaraf dengan kelayakan yang dimiliki.”Ramai anak muda masih tak dapat kerja tetap. Jadi, harap belanjawan kali ini beri lebih banyak inisiatif untuk cipta peluang pekerjaan.”Bila ada kerja, baru kita boleh fikir pasal rumah dan masa depan sebab mereka dah ada sumber pendapatan tetap.”Termasuklah kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan. Mereka ini perlu disokong dan dibimbing,” jelasnya.Sementara itu, pengusaha bengkel motosikal, GV Suresh, 32, berkata, antara perkara paling kritikal ialah kemudahan pembiayaan untuk usahawan kecil sepertinya agar mampu berkembang.Katanya, mungkin kerajaan boleh menyediakan skim pinjaman kepada usahawan kecil bagi meneruskan perniagaan yang diceburi.”Pinjaman ini mungkin boleh diberikan secara sekali beri. Sebagai contoh saya sekarang nak dapatkan alat-alat ganti motosikal memang susah sebab barang-barang semua mahal.”Itu belum gaji pekerja. Dulu bengkel saya ada tiga pekerja sekarang tinggal seorang. Pinjaman ini juga boleh bantu kami dapatkan mesin bagi melancarkan lagi perniagaan yang kami usahakan ini,” ujarnya.

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini