Thursday, October 8, 2026

Belanjawan 2027: PeSAWAH tuntut nafas baharu

Popular

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) berharap Belanjawan 2027 memberi kelegaan kepada pesawah menerusi kemudahan kad fleet diesel bersubsidi dan semakan harga lantai padi.Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, permohonan menyenaraikan pesawah di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) telah beberapa kali dikemukakan susulan peningkatan kos operasi.Menurutnya, kemudahan kad fleet penting bagi membantu pesawah menampung kos penanaman padi termasuk pembajakan dan penuaian.”Kos operasi kini tinggi, terutama bagi kerja pembajakan dan penuaian.”Kerajaan perlu menimbang semula permohonan pesawah di bawah SKDS bagi membolehkan mereka memiliki kad fleet diesel untuk tanaman padi,” katanya kepada Sinar Harian menjelang pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat ini.Beliau berkata, PeSAWAH turut mahu harga lantai padi RM1,500 setan metrik disemak semula berikutan peningkatan kos pesawah.”Walaupun harga lantai RM1,500 setan metrik, margin keuntungan pesawah kini terhad malah ada kalanya mengalami kerugian.”Kita harap semakan harga lantai dapat membantu pesawah,” ujarnya.Selain itu, beliau mencadangkan subsidi input pertanian RM2.62 bilion disalurkan terus kepada pesawah melalui sistem seperti e-Sawah atau e-dompet.Menurutnya, mekanisme itu memberi pesawah lebih banyak pilihan mendapatkan input seperti baja, racun dan benih mengikut keperluan.Abdul Rashid turut berharap kerajaan menilai semula mekanisme potongan mutu padi, termasuk potongan minimum 20 peratus yang menjadi persoalan pesawah.Katanya, pesawah yang menghasilkan padi berkualiti wajar diberi pertimbangan agar pendapatan tidak terjejas.”PeSAWAH berharap kerajaan mengembalikan elaun tunggu tuai sebanyak RM600 setiap musim sebagai pemberian tetap.”Bantuan itu penting sebagai penghargaan kepada pesawah dalam memastikan keterjaminan dan kedaulatan makanan negara,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini