Monday, October 12, 2026

Belanjawan 2027: Angka besar bukan ukuran, disiplin fiskal dan rakyat mesti seimbang – Ahmad Samsuri

Popular

KUALA TERENGGANU – Kejayaan Belanjawan 2027 bukan diukur pada besarnya angka yang diumumkan, sebaliknya terletak pada sejauh mana peruntukan tersebut mampu meningkatkan pendapatan, menyediakan pekerjaan berkualiti serta meringankan kos sara hidup rakyat.​Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun Belanjawan 2027 yang berjumlah RM510 bilion memperlihatkan komitmen perbelanjaan yang besar, disiplin fiskal dan kesejahteraan rakyat mesti diseimbangkan.​Mengulas lanjut, beliau menarik perhatian kepada peruntukan Persekutuan sebanyak RM459.8 bilion dengan pecahan RM376.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion untuk pembangunan.​”Dengan caj perkhidmatan hutang yang mencecah RM61 bilion, disiplin fiskal dan kecekapan perbelanjaan perlu terus diperkukuh bagi menjamin kemampuan kewangan negara untuk jangka panjang.​”Baki RM50.2 bilion yang melibatkan pelaburan entiti berkaitan kerajaan dan kerjasama awam-swasta juga perlu dipantau dengan teliti, supaya manfaat ekonomi dan komitmen kewangannya dapat dinilai secara telus,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.​Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu itu mengalu-alukan inisiatif bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta langkah meningkatkan pendapatan pekerja.​Bagaimanapun, katanya, keutamaan jangka panjang mestilah diletakkan kepada usaha meningkatkan kuasa beli rakyat, menyediakan peluang pekerjaan yang setimpal dan memperkukuh perusahaan tempatan.​Mengulas mengenai proses perundangan di Dewan Rakyat, jelas beliau, pihaknya akan meneliti Belanjawan 2027 secara bertanggungjawab di Parlimen.​”Mana yang baik kita sokong, mana yang perlu ditambah baik kita kemukakan cadangan,” ujar beliau.  

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini