Wednesday, October 16, 2024
HomeBelanjawanPM jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama

PM jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama

Date:

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.

Belanjawan 2025 dijadualkan dibentangkan pada 18 Oktober 2024 di Parlimen.

“Insya-ALLAH, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama,” kata beliau dalam hantaran di platform X.

Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.

Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Madani akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang. – Bernama

Artikel Berkaitan

Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan

SEREMBAN - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Belanjawan...

Belanjawan 2025: Harap peruntukan ahli Parlimen sokong PMX kekal

KUALA KANGSAR - Kerajaan diharap mengekalkan peruntukan yang diberikan...

Belanjawan 2025: Penjaja, peniaga kecil harap bantuan khas bencana alam

MELAKA - Peniaga dan penjaja kecil di negeri ini...

Belanjawan 2025: Beri perhatian isu perumahan, ekonomi, pemodenan Felda

KUANTAN - Pahang meletakkan harapan tinggi kepada Perdana Menteri,...

Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 – Rafizi

PUTATAN - Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling...