Saturday, January 10, 2026

Belanjawan 2026: SPRM harap kerajaan tegas tangani rasuah, perkasa agensi penguat kuasa

Popular

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat akan memperlihatkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu integriti, rasuah serta memperkasakan peranan agensi penguatkuasaan di seluruh negara.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, strategi pihaknya tahun ini berpaksikan usaha memulihkan dana awam yang hilang atau dicuri, sejajar dengan komitmen SPRM untuk membanteras rasuah secara sistematik dan berkesan.”Saya berharap ada satu bentuk ketegasan kerajaan tentang isu integriti, rasuah dan berkemungkinan memperkasakan agensi penguatkuasaan di negara kita, bukan sahaja SPRM tetapi agensi penguat kuasa yang lain supaya semua bergerak bersama.”Sebab itulah pada awal tahun ini, saya telah umumkan bahawa fokus SPRM adalah untuk mengurangkan ketirisan serta menumpukan kepada kes-kes bersindiket dan berprofil tinggi yang melibatkan kerugian kewangan besar kepada negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usaha Pemantapan Integriti Dan Pencegahan Rasuah – Suatu Realiti Atau Retorik? anjuran Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) di sini pada Khamis.Beliau berkata, negara kerugian sebanyak RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat jenayah rasuah dan jumlah itu begitu besar berbanding Malaysia sebuah negara yang kecil.Dalam pada itu, Tan Sri Azam turut menyeru agar semua pihak memberikan sokongan dalam menjayakan inisiatif Keep Malaysia Clean (KMC) yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu untuk membina budaya masyarakat yang menolak rasuah.”Ini sekali gus membangunkan negara yang merdeka, harmoni dan bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa,” ujarnya.Turut hadir Presiden PAKAR, Nasir Ab Hadi; Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) merangkap Penasihat PAKAR, Datuk Sri Shamshun Bahrin Mohd Jamil; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail serta mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini