Wednesday, October 16, 2024
HomeBelanjawanPerak harap projek pemindahan air, sumber mineral dapat perhatian Belanjawan 2025

Perak harap projek pemindahan air, sumber mineral dapat perhatian Belanjawan 2025

Date:

IPOH – Kerajaan Perak berharap dua projek penting iaitu pemindahan air dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah dan perlombongan bahan mineral di negeri ini mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan, 18 Oktober ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemindahan air menerusi projek pengurusan air Sungai Perak yang telah diluluskan kerajaan Pusat dengan peruntukan RM4 bilion itu perlu dimulakan segera tahun hadapan.

Saarani ketika hadir menyempurnakan perasmian penutup Hari Pemadam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Sabtu.

“Kita perlukan (bajet itu) kerana projek ini kena dimulakan tahun hadapan. Walaupun lulus RM4 bilion, tetapi bukan semua akan diberikan (sekali gus), peruntukan itu diberi secara berperingkat.

“Selain itu, kita juga minta supaya diberi peruntukan kepada kerajaan negeri untuk memperhebatkan lagi usaha mencari gali bahan mineral.

“Kita sudah tubuhkan Terra Mineral Lab (TML) yang fungsinya untuk menentusahkan apa jenis mineral yang ada di negeri ini, jadi kita perlukan bajet untuk memulakan usaha berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian penutup Hari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi.

Saarani berkata, kerajaan negeri mempunyai senarai projek yang panjang dan memahami masalah kewangan negara, namun dua projek tersebut antara yang perlu diberi keutamaan.

Katanya, projek lain adalah program-program yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan pelaksanaan projek tebatan banjir yang menjadi antara peruntukan terbesar.

“Semua (senarai projek) itu, kita dah hantar melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Cuma esok petang, sebelum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan) berangkat pulang (sempena program di Perak), saya akan berjumpa dengan beliau secara peribadi untuk menyatakan permohonan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan

SEREMBAN - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Belanjawan...

Belanjawan 2025: Harap peruntukan ahli Parlimen sokong PMX kekal

KUALA KANGSAR - Kerajaan diharap mengekalkan peruntukan yang diberikan...

Belanjawan 2025: Penjaja, peniaga kecil harap bantuan khas bencana alam

MELAKA - Peniaga dan penjaja kecil di negeri ini...

PM jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Belanjawan 2025: Beri perhatian isu perumahan, ekonomi, pemodenan Felda

KUANTAN - Pahang meletakkan harapan tinggi kepada Perdana Menteri,...