Thursday, November 14, 2024

Pengumuman penyasaran subsidi RON95 bukan kejutan

Popular

SHAH ALAM – Penyasaran subsidi petrol RON95 yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat bukan satu kejutan besar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada pelaksanaan penyasaran tersebut, 85 peratus daripada isi rumah di Malaysia akan menerima subsidi.

“Pengumuman tersebut bukan satu kejutan besar kerana kerajaan telah membincangkan perkara itu secara terbuka sejak sekian lama,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Tambah beliau, langkah itu dilaksanakan bersama peningkatan gaji dalam sektor awam dan swasta serta pengukuhan jaringan keselamatan sosial.

Retargetting RON95 subsidy is no shock therapy.

1. 85 percent of Malaysian households will receive subsidies

2. Government has been publicly talking about doing this for some time

3. It takes place with wage increases in public & private sectors & increased social safety net

— Nik Nazmi (@niknazmi) October 24, 2024

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan 85 peratus rakyat terdiri daripada golongan B40, M40 dan penjawat awam tidak akan terjejas dengan penyasaran subsidi petrol RON95 tersebut.

Anwar berkata, langkah penyasaran subsidi petrol itu sebagai usaha supaya bahan api itu hanya digunakan rakyat dan bukan golongan mahakaya serta warga asing di negara ini.

- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini